Friday, March 05, 2010

tayar pancit

hari ini mari berbicara tentang keburukan result bio. yes, sangat teruk ea masyarakat. rasenye tak perlu di mention di sini kerana bakal mengaibkan diri sendiri. haha. ouh, topic inheritance memang mencabar rupanya. tapi, jangan dituding jari pada orang lain, salahkan diri sendiri dulu. mungkin juga saya tidak mencuba dengan sehabis baek, iaitu 200% untuk mendapatkan result terbaek tergempak,meletup satu college, gitu. ouh, tidak. bukan begitu kisahnya.

topic test lain- lain subject menunjukkan result high distinction semuanye. tapi telah di cacat celakan dengan result bio. tapi tak mengapalah. benda dah nak terjadi kan, nak buat macam mane. semalam saya hebat, tidak semestinya hari ini saya kekal hebat. teruskanlah belajar menjadi hebat ye. lepas ini, jangan kau mimpi hendak bersuka ria berlibur berjalan jalan cari makan minum pakwe pacar cowok segala macam. kau duduk rumah saja baca buku makan baca buku makan jadi budak single spek tebal tebal hidup miserable kera sumbang dalam rumah. okay?

ouh, mengapakah ayat sudah menjadi skema? ini kerana saya terpaksa memulakan usaha 200% belajar bersungguh- sungguh sampai pengsan, kalau tak kena kahwin. tapi tiada sesiapa nak kahwin dengan saya. macam mana? sekian, terima kasih.

No comments: